Friday, October 12, 2012

Cerita Plagiarism

Assalamualaikum.. Ketemu lagi kita dalam entri baru! *excited ni nak cerita*

Ceritanya pasal sem lepas.Masa sem 2,saya ditugaskan untuk buat research bagi memenuhi subjek UBI iaitu English..Ambil masa yang agak lama juga nak siapkan research group tu..Kami semua guna method questionnaire,interviewing dan observation..

Nak dijadikan cerita,saya punya lecturer Sir Suhaimi Abas minta semua pelajarnya untuk check plagiarism bagi setiap tajuk-tajuk bahagian yang ada dalam report tersebut..
For the first,saya fikir apa ke benda la Sir Suhaimi ni nak?Tak nampak apa kepentingan lakukan checking tu..

At last,i knew it..it is very important especially to student like us!
Klik link ni..salah satu perisian yang boleh check plagiarism! Paper Rater

Jom kita tengok contoh-contoh plagiarisme :

  • Mengambil hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja anda sendiri
  • Mengambil kata-kata atau idea daripada orang lain tanpa memberikan pengiktirafan kepadanya
  • Gagal meletakkan tanda petikan untuk sesuatu petikan
  • Memberikan maklumat yang salah tentang sumber petikan
  • Menukar perkataan tetapi menyalin struktur ayat sumber tanpa memberi pengiktirafan
  • Menyalin banyak perkataan atau idea daripada sumber sehingga menjadikannya sebahagian besar kerja anda sama ada anda memberikan pengiktirafan atau tidak

    credit to : 1 Citizen
 Di kebanyakan universiti sekarang,gejala plagiarisme adalah salah satu kes yang diambil tindakan segera.Ada yang hukumannya sehingga dibuang universiti.Pelajar tidak sepatutnya lakukan plagiarisme.Ini kerana kesannya kita akan dapat ketika bekerja nanti.

STOP PLAGIARISM!




No comments:

Post a Comment